Monday, August 18, 2008

INDAHNYA...RINDUNYA!!!

Seindah sedamai pantai melambai gemalai,
Begitulah hati merindu kasih yang padu,
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan,
Begitulah perjuangan ini,
Biar basah dengan iman dan ukhuwah..

Ukhuwah didalam Islam merupakan jalinan yang menghubung sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani (ikatan yang diikuti atas dasar ketaatan kepada Allah) yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan Rasulallah s.a.w
"sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah"

Ukhuwah adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan ukhuwah ini agar ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan anggota lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit maka berajak-ajaklah seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Sabda Rasulallah s.a.w "Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang soleh, jika sekiranya ia lalai, ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"



Tika air mataku berguguran
kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
kau ceria bepanjangan
Tika lemah menyapa
kau ingatkan janjiNya
Tika lampu imanku kian malap
kau nyalakan ia kembali
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan redhaNya bersama :)


walaupun berjauhan,,

ukhuwah akan tetap terasa,,

sehati sejiwa dulu kini selamanya,,

tiada kalimah lain yang bermakna melainkan,,

~~INNI UHIBBUKIFILLAH~~

No comments: