
Seringkali kita diperhebahkan dengan peristiwa-peristiwa dan kejadian Al-Aqsa. Daripada Tingkatan Satu sehingga kepada Tingkatan Lima. Semuanya sudah pun hangat dengan kempen, dan tazkirah berkenaan dengan Al-Aqsa. Sehubungan dengan itu, sepatutnya kita sudah peka dengan tarikh keramat yang harus diingati iaitu pada21 ogos yang mana telah ditetapkan sebagai
Hari Memperingati Al-Aqsa Sedunia. Jadi, umat islam digesa untuk peka dan bangkit dari kelesuan yang mungkin selama ini menjadi asbab kepada kelembapan tertegaknya daulah islamiyah...Bagaimana itu?...Apakah sebenarnya yang perlu dilakukan oleh setiap insan yang mengucapkan kalimah lailahailallah.

Diumpakan dengan bulan-bulan perayaan lain yang setiap satunya mempunyai matlamatnya sendiri..Puasa Ramadhan ditunaikan untuk merasai penderitaan orang miskin jika kita tidak dapat melakukannya maka kita dikira GAGAL..Begitu juga dengan sambutan 21 0g0s ini, ia bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang isu Al-Aqsa. Jika kita tidak melakukannya, maka kita dianggap GAGAL!!

Sebagai orang yang sudah sedar dengan kepentingan sambutan 21 ogos..perlulah kita untuk mengajak dan menyebarkan kepada orang ramai tarikh ini.. Tiada gunanya 21 ogos disambut seorang diri, pernahkah kita terfikir untuk menyambutnya dengan mengajak keluarga ke ceramah-ceramah, paling tidak pun kita menerangkan kepada mereka peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari tersebut, itulah sekecil-kecil usaha yang kita boleh lakukan. Jikalau itupun kita tidak buat...maka untuk apa 21 0g0s disambut??


>>AL-AQSA IN THE HEART OF EVERY MUSLIM<<
No comments:
Post a Comment